::Attention::
  • This blog download stuff contain only links to other sites on the Internet
  • I do not host or upload any file here
  • The article are written in English & Bahasa Malaysia.

Showing posts with label My Life. Show all posts
Showing posts with label My Life. Show all posts

Friday, August 15, 2014


INI TANAH AIR, TEMPAT BERMULA DAN BERAKHIR


Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Kita telusuri batas sejarah ke musim suram terjajah,
Menguak hitam belenggu dalam murup durja yang gundah,
Saat melangkah runduk di bawah serakah telunjuk,
Suara pun hilang terpanar di tengah sorak petualang.

Di denai waktu membiak tunas insaf seluruh warga,
Musibah lalu jangan lagi meragut sejahtera wangsa,
Bumi ini tanah air pesaka warisan pejuang,
Dari darah, dari keringat dan semangat menjulang.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Malaysiaku, bumi mewangi seribu restu,
Melimpah sejuta anugerah dari rahmat teguh bersatu,
Menjulang wawasan gemilang ke puncak persada mercu biru,
Membias bayu kecundang jelmaan cemburu sejuta seteru.

Anak-anak bumiku tercinta,
Hulurkan tangan memalu genta kelangsungan merdeka,
Rapatkan barisan keramat berbekal azimat muafakat,
Segera cantaskan pucuk angkuh rusuh dengan minda yang ampuh.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir!

Alaf ini tempoh memacu asmara cinta berahi bumi pertiwi,
Membilas noda hitam dari kemelut sengketa selisih semalam,
Muhibah rimbun, mesra anggun, menghijau santun,
Ini negeri terbaik, bumi tercantik, rakyat terdidik,
Mengorak langkah, berkongsi arah menancap monumen terindah.

Sahutlah gemersik suara nafiri seruan perjuangan,
Cokmar kebebasan biar lestari kukuh dalam genggaman,
Tanah ini milik hakiki zaman berzaman,
Jangan sampai berulang lagi diulet kehinaan.

Ini tanah kita, padang permainan seluruh anak bangsa,
Ini darah kita, nafas kita, roh dan jiwa generasi merdeka,
Nusa ini maruah kita, citra kita, martabat daulat perkasa,
Wilayah ini wadah wacana hitam putih pemangkin wibawa.

Ini tanah air, tempat bermula dan berakhir,
Biar luluh jiwa raga, darah setiaku tetap mengalir,
Di sini setia terukir, cinta pertama dan terakhir,
Biar nyawa luluh tercicir, janji ini tiada mungkir.

Ghazali Lateh
Banting,
September 2000
# Sajak ini pernah memenangi sayembara Puisi Puteri Pos, dan dimuatkan dalam antologi Jamung Merdeka kelolaan Gapena.

Friday, January 28, 2011

Perghhhhh cerita ini bagi aku sangat kelakar. Berdekah² aku gelak kalau boleh guling memang aku dah guling + kuak lentang + kuak kupu² skali. Rugi la kalau korang tak tengok. Aku sampai tengok 2 kali oOoO. Ni nak cite skit psl cite ni("cecite cecite" :D *salah satu fenomena yg makin berleluasa dikalangan orang yg dah tengok cerite ni.) movie ni dibintangi oleh :


Awie sebagai ==> Hussein(PelakonUtama)
ManKadir sebagai ==> PakJabit(PelakonUtama)
ZamiIsmail sebagai ==> PakAbu(PelakonUtama)
JohanRajaLawak sebagai ==> AbiHurairah(PelakonPembantu)
UmmiNazeera sebagai ==> CikNin(PelakonUtama)
Pekin sebagai ==> Musalman(PelakonPembantu)
ShoffiJikan sebagai ==> WakJoko(PelakonPembantu)
AvaaVanja sebagai ==> Ayu(PelakonPembantu)
NadiaMustafar sebagai ==> NadiaMustafar(PelakonPembantu)

Aku sekarang tengah mencari DVD Release pulak. Tak sabar nak tunggu keluaran DVD pulak, mahu tengok kat rumah. Mesti pecah perut punya! Ni aku selitkan video trailer bagi cerita Movie Hantu Kak Limah Balik Rumah.

Sinopsis : Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ bakal diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’.  Masih mengekalkan genre komedi seram, filem ini bakal menampilkan kejutan demi kejutan.

Husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang.  Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam.  Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur.  Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu.  Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur.  Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang.  Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya.  Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah.  Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput.  Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam. 

Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut.  Hantu apakah itu sebenarnya?  Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut?  Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’

Info Lanjut : SinemaMalaysia

Tuesday, October 26, 2010

  1. Bent-Leg Knee Raise
    Lie on your back with your head and neck relaxed and your hands on the floor near your butt. Your feet should be flat on the floor. Use your lower abdominal muscles to raise your knees up toward your rib cage, then slowly lower your feet back to the starting position. As your feet lightly touch the floor, repeat. 12 reps.

  2. V-Up

    Lie on your side with your body in a straight line. Fold your arms across your chest. Keeping your legs together, lift them off the floor as you raise your top elbow toward your hip. The range of motion is short, but you should feel an intense contraction in your obliques. 10 reps each side.

  3. Pulse Up

    Lie with your hands underneath your tailbone and your legs raised and pointed straight up toward the ceiling, perpendicular to your torso. Pull your navel inward, and flex your glutes as you lift your hips just a few inches off the floor. Then lower your hips. 12 reps.

  4. Bridge

    Start to get in a Pushup position, but bend your elbows and rest your weight on your forearms instead of your hands. Your body should form a straight line from your shoulders to your ankles. Pull your abdominals in; imagine you're trying to move your belly button back to your spine. Hold for 20 seconds, breathing steadily. As you build endurance, you can do one 60-second set. 1 - 2 reps.

  5. Back Extension

    Position yourself in a back extension station, and hook your feet under the leg anchor. Hold your arms straight out in front of you. Your body should form a straight line from your hands to your hips. Lower your torso, allowing your lower back to round, until it's just short of perpendicular to the floor. Raise your upper body until it's slightly above parallel to the floor. At this point, you should have a slight arch in your back, and your shoulder blades should be pulled together. Pause for a second, then repeat. 12 - 15 reps.

  6. Bent-Over Row

    Stand with your knees slightly bent and shoulder-width apart. Bend over so that your back is almost parallel to the floor. Holding a dumbbell in each hand, let your arms hang toward the floor. With your palms facing in, pull the dumbbells toward you until they touch the outside of your chest. Pause, then return to the starting position. 10 reps 

  7. Triceps Pushdown

    While standing, grip a bar attached to a high pulley cable or lat machine with your hands about 6 inches apart. With your elbows tucked against your sides, bring the bar down until it is directly in front of you. With your forearms parallel to the floor (the starting position), push the bar down until your arms are extended straight down with the bar near your thighs. Don't lock your elbows. Return to the starting position.

  8. Leg Extension

    Sitting on a leg extension machine with your feet under the footpads, lean back slightly, and lift the pads with your feet until your legs are extended. 

  9. Biceps Curl

    Stand while holding a barbell in front of you, palms facing out, with your hands shoulder-width apart and your arms hanging in front of you. Curl the weight toward your shoulders, hold for a second, then return to the starting position.

  10. Leg Curl

    Lie facedown on a leg curl machine, and hook your ankles under the padded bar. Keeping your stomach and pelvis against the bench, slowly raise your feet toward your butt, curling up the weight. Come up so that your feet nearly touch your butt, and slowly return to the starting position.
     
Source : Men Health

Wednesday, October 20, 2010

there's nothing much to say..Just Want to say thanks for always be my life partner



When we both found each other,
you gained the finest prize:
a companion to share life’s joys,
a friend who lightens burdens,
whose company is always a comfort.
When we found each other,
you embraced the love you had dreamed of,
the source of endless pleasure
and memories to treasure.
May our anniversary remind you
of how precious that day was,
when we found each other.



Sunday, May 23, 2010

Bila kte sebut je melayu, pandangan org terhadap kte mesti mojoritinya teruk.. apa dh jd dgn bangsa kte ni?
Aku sbg org melyu berasa sedih ngn sikap bngse kte ni..

Come on la bro, stakat name BRO sane BRO sini, TAIKO sane TAIKO sni wtper?? klu msh xdpt nk tlg, bimbing anak2 bangse, adik2, keluarga kte sendri? Antara berhala besar dlm manusia adalah KUASA! PANGKAT! so tlg la, yg dh de kt ats tu, tlg2 org dibwh, bkn menindasnye.

Lagu dendangan Malique bertajuk Layu ini sgt sesuai utk menyedarkn bngse melayu kte.. Bangunla whi bangsa melayu, kte bersatu menjadi contoh pd2 yg lain kerna kte jga membawa imej ISLAM di Malaysia ini, ktenye takkan melayu hilang di dunia... tp fikirla la, buat apa klu ADA jika KEWUJUDAN tak dirasa?? Amikla lagu ni sbgi satu kesedaran dan kenyataan tentang kte wahai bngse malayu! dan untuk menjadi lebih baik dr semlm.. AMIN






Layu - Malique

Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri

Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa

13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak

Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu

Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Perjuangan kita belum selesai

Thursday, May 13, 2010


Whether you're already at the top of the pecking order or still climbing the ladder, your work wardrobe says a lot about your leadership qualities. Here are some wardrobe tips fit for a leader.

Leadership quality #1
Put some effort in
You put tonnes of effort into your work so express that dedication in your clothing too. You don't have to be on the razor edge of fashion but keeping your working wardrobe up-to-date is important. A leader, after all, represents his or her company, so looking co-ordinated and polished shows that you take an interest in both your appearance and the appearance of the company.
Office style pay-off: A winning wardrobe will make you stand out as someone who pays attention to detail.

Leadership quality #2
Buy investment pieces
Buying quality over quantity will ensure you always look sharp. Quality items, such as a well-fitted suit, well-made shoes and an elegant watch, won't date like cheap fad clothing. The rule here is to spend a little more on clothing and accessories you truly love. You'll wear them season after season, plus you'll feel good when you're wearing them.
Office style pay-off: When you feel smart in your clothes, you'll feel more powerful in the boardroom.
Leadership quality #3
Take some fashion risks
We're not suggesting you start wearing disco tights to work, but adding some individuality to your office wardrobe can boost your mood and confidence levels. Try adding a statement belt or a bold necklace to your outfit (both are key trends this season), or dare to wear those fuchsia heels you're in love with. Guys, experiment with colour; try swapping traditional blue for this season's lavender.
Office style pay-off: Being confident enough to make a style statement will demonstrate your confidence and willingness to try new things.

Leadership quality #4
Stay approachable
Leadership is not about sitting alone in your ivory tower (okay, office). It's important to stay approachable amongst your colleagues or you'll get out of touch — fast. If your outfit is looking particularly sharp one day, try teaming it with a more casual hairstyle such as a loosely-tied bun or slightly undone waves. Ditto with your make-up; if your hair is looking "done", tone it down with a neutral make-up palette. The aim is to look neat but not overly severe and aloof.
Office style pay-off: Even if you have had three promotions, let your appearance say that you're still someone your peers can (and want to) talk to; being approachable will help you stay ahead of the game.

Leadership quality #5
Pay attention to grooming
Good grooming will get you a long way up the career ladder so make sure you make regular appointments with your hairdresser and manicurist. Also find yourself a quality drycleaner to keep clothes clean and pressed (men, look for one with an ironing service if ironing shirts is your downfall), and locate a good seamstress for hems, buttons and alterations.
Office style pay-off: If you look neat and tidy and well groomed, you'll feel ready for anything — or anyone — work throws your way.

Monday, May 10, 2010

Guitar Pro is first and foremost a software designed to edit tablatures for guitar, bass, and other fretted instruments from 4 to 8 strings.

Its great ease of use and the success of its specific file format have made it a software used by guitarists worldwide.

It now includes editing support for many other instruments like the piano or the drums, a realistic audio engine, and interactive tools to support every musician's practice.


INTERFACE New


An optimal display of your score, together with all the tools you need for editing, sound-setting, and playing your instrument.

Choose your display options from the screen or page mode, horizontal or vertical scrolling, monotrack, multitrack, and full-screen mode, and 25-800% zooming.

The score appears with 6 retractable panels to its left:

Editing, Instrument, Audio, Mastering, Chords, and Lyrics.



Thursday, April 22, 2010

Warcraft III Patch Downloads


Notes:

If you only have Reign of Chaos installed, you will only need to download and run the Reign of Chaos Patch. If you have the Frozen Throne expansion pack installed as well, you will only need the Frozen Throne patch.

If your game is already patched to version 1.24, you will only have to install the upgrade patch version 1.24e. You can verify what version your game is by starting it up and looking at the bottom right hand corner. If you recently installed/reinstalled the game or have not patched the game in some time, you will want to download and install the full 1.24e Universal Patch.

If you are looking for older version patches please visit the Blizzard FTP site.

Warcraft 3 Reign of Chaos Patch: DOTA
1.24d to 1.24e Upgrade patch
1.24e Full patch

Warcraft 3 Frozen Throne Patch DOTA
1.24d to 1.24e Upgrade patch
1.24e Full Patch

Warcraft 3 For Offline patches DOTA
TFT Version 1.24e.zip  (NEW) after patch it version will 1.24.4.xxx WARCRAFT

TFT Version 1.24d.zip  DOTA
TFT Version 1.24c.zipTFT Version 1.24b.zip DOTA
TFT Version 1.24a.zip DOTA
TFT Version 1.23.zip DOTA
TFT Version 1.22.zip DOTA
TFT Version 1.21.zip  DOTA
TFT Version 1.20.zip DOTA


*if got broken link juz let me know ^^

Monday, April 19, 2010

waaahh lastly today i've time open up my blog ^^ since a 1-2week didnt update myblog, no time reading, discovering.. n bla bla bla.. nywy, this entry juz wanna share bout the title above.. so best la guin der u know. mostly best is the lucky draw winner.. damn they got prices thing that i really wanted, even i cn effort to buy it but its really2 super combo best if u cn get it for free..

waaahh seriously so lucky. the price are i start from da smal n cheeper 1 la.. got micro SD 4GB & 8GB x2, D-Link rounter modem+router x2, External HD 500GB slim x2 (so nice n slim) , Garmin GPS 3.2 x2 (i didnt really rmmbr but its sound like dat, its kind of GPS, the brand is garmin OOoo), Home Theater x2, Acer PDA phone x2 (waaa really want it, dat time i juz praying plss give me plss give mee.. ^^ hoho), blackberry phone E73 x2(myb im not sure wat series),  then 2nd last xpensive price is they givin Acer Netbook x2 (even this oso they give it 2) n da last is Notebook Ferrari-One (this is for the last lucky draw winner).. congrat all!!!!! this time is urs myb next time its mine! hopefully~ hoho ^^. but im not really disappointed cz at least i got sumthing to bring bck home. Thnks to gatsby for their product & oso thnks to nuffnang cz make this blogger gathering!! this gathering tk a record in malaysia book of record for the biggest bloggers gathering..

Tuesday, April 13, 2010

Didikan Allah Untuk Bakal Manusia Hebat !!

Macam mana ya ustaz? Bagaimana nak buang perasaan ini?” tanya salah seorang peserta Kem HIJRI.

“Hmm… kamu sendiri rasa bagaimana?” saya memulangkan soalan itu kepadanya.

“Entahlah, saya tak boleh buang rasa tidak puas hati saya dengan emak dan ayah. Makin menjadi-jadi perasaan itu” katanya lagi.

“Apa yang paling kamu tidak suka tentang emak dan ayah kamu?” saya menyoalnya lagi.

“Saya tengok, kawan-kawan saya boleh ketawa dan bergurau dengan emak dan ayah mereka. Tetapi orang tua saya tidak pernah buat begitu. Mereka jarang mahu berbual dengan kami,” pelajar Tingkatan 3 itu menyambung kisah.


Rasa tidak berpuas hati dengan ibu bapa sering berlaku kepada anak remaja. Ia selalu terjadi apabila anak masuk ke usia sekolah menengah. Lazimnya perasaan itu timbul kerana pada usia begini, anak-anak mula bertandang ke rumah rakan, kadang-kadang tidur di rumah mereka, dan menjadi semakin memerhati serta memahami apa yang dilihat. Melihat cara ibu dan bapa rakan-rakan melayan keluarga mereka, menyebabkan si anak ‘tersedar’ tentang benda-benda yang tiada di rumahnya selama ini.
Kesan perbandingan.

DI PIHAK IBU BAPA

Jika perbandingan menjadi punca anak-anak tidak berpuas hati dengan ibu bapa, apakah yang patut dibuat? Adakah dengan menghentikan saingan itu, menghalang anak ke rumah rakan dan menegah mereka daripada membanding-bandingkan?

Untuk ibu dan bapa, mereka harus bertindak lebih baik daripada itu. Menyekat dan menghalang, hanya menunjukkan kelemahan kita yang mahu menggunakan kuasa, tanpa mahu meningkatkan pengaruh ke atas anak-anak. Tatkala anak membanding-banding kita dengan ibu bapa kawan mereka, itu adalah petanda kemerosotan pengaruh kita ke atas mereka. Justeru pengaruh itu mesti dipulihkan, dengan memperbaiki kualiti diri.

Muhasabah kembali, siapakah yang memperkenalkan ‘perangai membanding-bandingkan’ itu? Jika kita pernah membandingkan si anak dengan anak orang lain, merendah-rendahkannya di hadapan sepupu yang ‘lebih berjaya’, maka kita hakikatnya sedang menuai hasil tanaman sendiri. What you give, you get back!
Maka haruslah kita sebagai ibu dan bapa, bertindak mengubah keadaan itu. Berhenti membandingkan anak hingga hilang harga diri mereka, putus asa daripada berusaha memuaskan hati kita yang lebih risaukan satu B berbanding empat A dalam lima mata pelajaran yang diambilnya. Kesan banding membandingkan itu, amat perit kepada jiwa anak-anak, sebagaimana yang sedang mula berlaku ke atas diri kita sebagai ibu bapa ketika mereka memanjat usia remaja. Membandingkan kita dengan ibu bapa kawan-kawan mereka.

Berusaha jugalah untuk menyayangi anak dengan kasih sayang yang mereka fahami. Ya, kasih sayang yang difahami sebagai kasih sayang.

Sukar jalannya untuk meyakinkan anak-anak bahawa ibu bapa mereka juga menyayangi mereka, walaupun mungkin dalam bentuk yang berbeza.

Leteran itu sebenarnya sayang, sikap dingin itu sebenarnya sayang, melebihkan orang lain itu hakikatnya sayang, marah dan rotan itu juga sebenarnya sayang… aduh, luar biasa sekali bentuk kasih sayang ibu bapa seperti ini. Hingga akhirnya mungkin si anak akan berkata, “lebih baik mereka tidak menyayangiku, jika kasih sayang mereka semuanya menambah sakit dan derita!”

Mungkin kita memang bertindak begitu kerana menyayangi anak-anak.

Namun cubalah sekali sekala, menyayangi mereka dengan cara yang langsung terus dilihat sebagai kasih sayang.

Berikan telinga kepada si anak untuk mendengar keluhan mereka.

Bapa capailah bahu anak dari belakang, goncangkan tubuh mereka dalam pelukan mesra, tanda menyokong mereka untuk berjaya.

Ibu sikatlah rambut anak tanpa diminta, dan sesekali suapkan nasi ke mulut anak, biar pun dia sudah di Tingkatan 3.

Satu kasih sayang yang begitu, boleh memadamkan ratusan kepahitan yang pernah hinggap ke kehidupan semalam.

DI PIHAK ANAK-ANAK

Ada pun untuk si anak, mereka harus diajak kepada membuat satu anjakan paradigma.

“Ibu bapa penting, mereka mesti kita hormati. Jaga perasaan mereka dan jangan tinggikan suara. Tetapi ada sesuatu yang lebih penting daripada mereka,” saya mengajak remaja itu bertenang.

“Apa dia?” tanya beliau.

“Diri kamu sendiri!” saya merenung matanya. Mahu menambah kesungguhan maksud.

“Maksud ustaz?” beliau kurang faham.

“Dalam hidup ini, ada banyak benda yang kita tidak boleh pilih. Kamu tidak memilih untuk beribu bapakan mereka. Kamu juga tidak memilih untuk dilahirkan sebagai Melayu. Juga tidak memilih untuk lahir di Malaysia. Tidak dengan kulit seperti ini, atau hidung seperti itu, dan telinga sebegini. Betul?” saya menyoal.
Beliau mengangguk.

“Bukan itu sahaja. Nanti bila kamu semakin dewasa, makin banyak benda yang kamu tidak pilih tetapi terpaksa menghadapinya. Cuaca, kesesakan jalan raya, rakan kerja, dan banyak lagi. Jika kamu letakkan bahagia diri kamu pada semua perkara yang kamu tidak boleh pilih itu, maka tiadalah bahagia selama-lamanya. Kamu hilang kebahagian akibat kesesakan jalan raya, akibat cuaca, akibat fesyen, akibat sekolah, akibat tekanan rakan-rakan sebaya termasuk juga akibat ibu bapa. Susah tu!” tambah saya.
“Saya nampak apa yang ustaz maksudkan” kata beliau.

“Jadi apa yang kamu mahu lakukan?” saya memberi ruang untuk beliau berfikir sendiri.

TINDAKAN MANUSIA HEBAT

“Jangan pilih jalan yang susah untuk bahagia. Pilih jalan yang lebih senang” katanya.
Saya terpegun.

“Huh, macam mana tu?” saya kepingin untuk tahu.

“Kalau nak bahagia cara susah, saya kena ubah semua benda yang menyebabkan saya tidak bahagia. Dan itu mustahil. Tetapi jalan yang paling mudah untuk bahagia, ialah saya ubah apa yang saya paling boleh ubah!” katanya.

“Iaitu…” saya memintas kerana teruja.

“Diri saya sendiri!” katanya.

Saya hampir berdiri kerana terlalu seronok mendengar kesimpulan anak muda itu. Bangga dengan keupayaannya menangkap teladan.

“Cuma satu sahaja ustaz,” ujar beliau.

“Apa dia?” saya mahu tahu.

“Apa hikmahnya Allah bagi saya terlihat dan terpandang kelemahan ayah serta ibu?” tanya beliau. Jujur.
“Hmm. Bagi seorang anak yang ‘bahagia’, apa hendak semua dapat, semuanya elok-elok belaka, kamu rasa dia sedar tak dengan satu kelemahan yang boleh berlaku pada dirinya?” saya menjawab dengan soalan.
“Tidak. Apa dia ustaz?” beliau sedikit kebingungan.

“Dia tidak biasa dengan kekurangan. Dan tidak biasa menguruskan kelemahan. Jika dia tidak sedar dengan hal itu, bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan suaminya bila dia berkahwin nanti? Bersediakah dia untuk menghadapi kekurangan anak-anaknya apabila dia menjadi ibu nanti? Kamu rasa bagaimana?” saya menyoalnya lagi.

“Mungkin bersedia. Mungkin tak bersedia. Entah!” kata remaja itu.
“Tapi kamu, kerana sudah belajar menerima dan menguruskan kekurangan ibu bapa, kamu bersedia tak andaikata suami kamu nanti ada kekurangan, anak-anak ada kekurangan?” saya menyambung tanya.
“Bersedia!” kata beliau dengan yakin.

“Rupa-rupanya, kekurangan ibu dan bapa kamu itu, adalah didikan Allah untuk menjadikan kamu manusia hebat satu hari nanti. Insya Allah. Kamu yakin?” saya membuat kesimpulan.

“You just have to believe!” jawab beliau, memetik filem tema KEM HIJRI kali ini, Kungfu Panda.
“Tahniah!” saya menyudahkan perbualan.

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Tuesday, March 30, 2010

Lately i hv no time to update cz myluvly laptop was crash... huwaaaa~ so hv to use comp.. aiiyaak cnnot brought anywer.. I just wanna share my nuffnang stuff.. im confuse why even my nuffnang buffered but mymoney still slow.. i dunno y..evrymonth hppn like this so im bit dissapointed with this make me so lazy to update..

but still less money got like this..
myb i hv to try more harder n harder to walking advertising n updating..nywy, thnks to nuffnang!

Friday, March 19, 2010

Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar khutbah. Solat Jumaat itu hukumnya Fardhu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap mukallaf dengan syarat-syarat tertentu.

Firman Allah:
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," - Al-Jumu'ah: 9

Sabda Rasulullah SAW:
"Solat Jumaat itu hak wajib dikerjakan oleh tiap-tiap orang Islam dengan berjemaah, kecuali empat jenis manusia: hamba sahaya yang dimiliki, perempuan, anak-anak, dan orang yang sakit." - Riwayat Abu Dawud & Hakim.

Syarat wajib solat Jumaat:
  1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir.
  2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh.
  3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila.
  4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi.
  5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan.
  6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan.
  7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir.

Syarat sah solat Jumaat:
  1. Didirikan di dalam waktu Zuhur.
  2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya.
  3. Mestilah berjemaah dengan sekurang-kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu.
  4. Didahului dengan dua khutbah.

Rukun-rukun khutbah Jumaat:
  1. Khutbah dimulai dengan memberi pujian pada Allah SWT seperti ucapan: "Allahamdulillah".
  2. Diikuti dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW: "Allahuma salli ala Saidina Muhammad waala ali Saidina Muhammad."
  3. Khutbah hendaklah mengandungi pesanan kepada para jamaah agar bertaqwa kepada Allah SWT seperti: "bertaqwalah kamu kepada Allah."
  4. Membaca satu ayat Quran pada khutbah yang pertama atau kedua, tapi paling elok pada khutbah yang pertama.
  5. Mendoakan setiap Muslim pada khutbah yang kedua sekurang-kurangnya: "Rahima-kumullah."

Syarat sah Khutbah Jumaat:
  1. Pembaca khutbah hendaklah seorang lelaki, tidak sah jika orang perempuan.
  2. Pembaca khutbah hendaklah menutup aurat.
  3. Suci daripada hadas dan najis pada pakaian, badan dan tempat.
  4. Berdiri pada kedua-dua khutbah itu pada yang mampu.
  5. Membaca khutbah setelah masuk waktu Zuhur dan dilakukan sebelum solat Jumaat.
  6. Membaca rukun-rukun khutbah di dalam bahasa Arab, tidak boleh di baca dalam bahasa ibunda seperti membaca salawat Nabi dalam bahasa Melayu.
  7. Mualat antara khutbah yang pertama dengan khutbah yang kedua, antara segala rukunnya dan antara khutbah dengan solat.
  8. Duduk sebentar setelah selesai khutbah pertama sebelum memulakan khutbah kedua. Jikalau pembaca berkhutbah dalam keadaan duduk, maka pisahkan di antara dua khutbah itu dengan diam sebentar.
  9. Khutbah didengar oleh 40 orang yang bermukim sekalipun tidak memahami bahasa yang digunakan untuk menyampaikan khutbah.
  10. Mencukupi bilangan 40 orang dari mula khutbah hingga akhir solat.

Seorang Muslim yang mengalami salah satu perkara di bawah ini adalah dikecualikan dari menunaikan solat Jumaat, mereka hanya perlu solat Zohor seperti biasa:
  1. Sakit - Iaitu sakit yang menyukarkan untuk ke masjid atau bimbang akan memudaratan penyakitnya.
  2. Hujan - Jika hujan itu membawa kesukaran untuk pergi ke masjid.
  3. Musafir - Iaitu orang yang keluar sebelum subuh untuk bermusafir.
  4. Takut dizalimi - Orang yang bersembunyi kerana takut di zalimi.
Perkara-perkara sunat yang dilakukan pada hari Jumaat:
  1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid.
  2. Memotong kuku.
  3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai].
  4. Bersugi.
  5. Memakai wangi-wangian.
  6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik.
  7. Bersegera pergi ke masjid.
  8. Berniat iktikaf.
  9. Solat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid.
  10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al Quran dan bersalawat atas Nabi.

Wednesday, March 17, 2010

Party by Recharge!

Attire : Smart Casual 
Black for Gent / White for Ladies

Member Previlege
Free Entrance for members

Ticketing
Presale - RM20
Door - RM38  

Map
 

Come let recharge!! Realease out tension! For more info Click HERE

Wednesday, March 10, 2010


Gatsby Deodorant bakal melangsungkan ‘Street Fair’ besar-besaran pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL. Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Untuk keterangan lanjut atau pertanyaan sila layari www.gatsby.com.my/streetfair
Flyers
Direction
Music - I can give you Gatsby

Video

Thursday, February 25, 2010

Arghhh.. terkena saman time nk g keje kt laluan motor.. Slalu lepas je cz bergerak dlm segerombolan konvoi pakcik2 yg sgt cumey cara menungang tp hari ni malang mmg xder idung + aku bru je potong segerombolan konvoi pakcik2 then... ader plak polis trafik.. dh tentu aku sorg maka polis pn trus suruh ke tepi. Huhuhu~


 
Cebisan Surat cinta dari abg polis.. aku xder lesen motor so aku tunjuk lesen kete.. igt lepas ats budi bicara tp xleh.. huhu~ bgsla polis yg adil.. pe2 pn kne byr saman rm30 mengikut kadar bru dibwh ni :) sebelum

KADAR KOMPAUN BARU SAMAN TRAFIK
Makluman:
Kadar kompaun baru saman trafik adalah untuk semua saman
BILJENISKADAR KOMPAUN LAMAKADAR KOMPAUN BARU
KESALAHANKENDERAAN
1. KEMALANGAN

(TIDAK MELIBATKAN KES NC)
LORI / BAS /

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 300

RM 300

RM 300
RM 200

RM 150

RM 100
2. PANDU LAJU LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 150

RM 150

RM 150
RM 90

RM 70

RM 50
3. TIDAK PAKAI TALIPINGGAN KELEDAR TEKSI

VAN

4WD / KERETA
RM 150

RM 80

RM 70
RM 50

RM 50

RM 50
4. KESALAHAN YANG TIDAK BOLEH DI KOMPAUN SEMUA KESALAHAN TIDAK BOLEH DIKOMPAUN MENGIKUT KAEDAH-KAEDAH PENGANGKUTAN JALAN (PENGOMPAUN KESALAHAN) 2003 CTH: KEMALANGAN MAUT, MEMANDU DALAM KEADAAN MABUK, PEMANDU DI BAWAH UMUR TANPA LESEN, MEMANDU DENGAN CUAI DAN MERBAHAYA, TIADA PERLINDUNGAN INSURAN, LUMBA HARAM. NO COMPOUND

(NC)
NO COMPOUND

(NC)
5. TIDAK PAKAI TOPI KELEDAR MOTOSIKAL RM 70 RM 30
6. TIDAK BOLEH BUAT PUSINGAN 'U' LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 200

RM 100

RM 70
RM 90

RM 70

RM 50
7. POTONG CARA BAHAYA - POTONG 'Q' LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 200

RM 100

RM 70
RM 90

RM 70

RM 50
8. MENERUSKAN PERJALANAN SEMASA ISYARAT LAMPU MERAH LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 200

RM 200

RM 150
RM 200

RM 150

RM 100
9. MEMANDU GUNA TELEFON BIMBIT/ALAT KOMUNIKASI LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 200

RM 100

RM 70
RM 90

RM 70

RM 50
10. TIDAK BERI LALUAN SEBELUM MEMBELOK LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 200

RM 100

RM 70
RM 90

RM 70

RM 50


11.


KESALAHAN LESEN MEMANDU


LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL


RM 150

RM 80

RM 70


RM 90

RM 70

RM 30
12. KESALAHAN LESEN KENDERAAN MOTOR (ROAD TAX) LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 150

RM 80

RM 70
RM 90

RM 70

RM 30
13. MEMANDU DI LORONG KECEMASAN LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 200

RM 100

RM 70
RM 90

RM 70

RM 50
14. KES WARAN LORI/ BAS/

4WD / TEKSI / VAN / KERETA

MOTOSIKAL
RM 300

RM 300

RM 300
SEKALI GANDA DARI HARGA TAWARAN TETAPI TIDAK MELEBIHI RM 300




*p/s : lesen kne ader bru senng ati.

Wednesday, January 13, 2010


Sebagai rakyat malaysia, kte mesetilah mempunyai semangat cintakan negara.. tidak semestinyer pada hari kemerdekaan je. Aku ske lagu ni, menceritakan tentang tanah air kte iaitu malaysia.. MERDEKA! korunk try la tgk lirik die n pahamkan.. layanzz


he day had gone too long
its seem like yesterday
this is the land we born
and where we gonna stay
The proud is there
we know and its always in your hearts
that we all stay and fly the flag
of nation pride

The war had gone
and all the heroes had their way
but if its strike again
we know we gonna stand

we gonna stand and fight
we''ll die for this pride land
we''ll show the foes
we great coz we the countrymen

and when u hear the call
we know that u be there
its for the stripe the moon and star
coz we all proud that we was made in malaysia

we had been raised to trust
the god and to the king
we gonna stand and ground
the strengh that come whithin
so if u think u know those feeling that is thru
and its all for the yellow, the red,and white and blue

and when u hear the call
we know that u be there
its for the stripe the moon and star
coz we all proud that we was made in malaysia

we gonna stand (we gonna shout)
this is the land (that we all proud)
lets join the line and you know whats all about
so if u think (you feel the same)
raise all the flag (of our land)
and feel the pride
inside you know that it is thru

we just dont care
just who u r
just shout it loud
that we was made in malaysia

Wednesday, December 30, 2009

Assalamualaikum,

Thanks to myfamily, myauntie2, mycousin, mynephew, mygf and myfren especially to who hv wish me.. Myparent Jamal & Lina, Cik tinit, Cik Awa, Kak Fadila, Bro Danial, Luvly Aida Nabila, Myfren - Nabil Mokhtar aka Abob, Mokhzani, Kak Maria, Hazmi aka emi, Fared Manap, Ahmad Shafie, Elliza Lim :  Prodg Group -  Firza Mustafa , Atiqah Ahmad Kamal : TM & MMC Group - Razali Hilmi, Ahmad Izhar, Khaisal, Adib, Nizam aka GIG, Wahida Razali, Alia Syaffiqa, Ah Soon, Hakiem, Farah Diyana, Mira, Razid, Shahrul , Taufiq, Fizree aka geweng, Azim aka botak, Nabila, Faizal, and all folks out der..

In dis oppurtunity, i would like to wish u all epy new year. may dis becoming new year give full of fun n joy.. n wish u all wil succes in evry path u choose..

Regard,
Mr-zam



Saturday, August 15, 2009

Geweng, Alia, Izhar, Faiz, Helmie, Wyda, Adib, Aku

Syukur ke hadrat Allah S.W.T atas limpah kurniaNya, akhirnya dapat juga konvo. yeah! To all myluvly fren yg telah berjaya sebagai Diploma holder, diucapkan setinggi tahniah! Terima kasih atas perjuangan bersama selama 2setgh tahun. I wil missing u all. Pasni ader yang berhajat ingin bekerja dah n ader plak yang further stdy. Yang bestnye ader yg dh smbng kt MMU Cyberjaya tu. hehe~ Adib ke USM, Izhar ke UniMEP, Geweng ke MMU, Alia & Widut ke UniKL, yg lebih2 tu enth lew.. myb still ngh decide haluan hidup. huhu~ tahniah skli lg kpd yg telah berjaya dpt diploma n dpt further stdy.

Aku?! niat dihati mmg nk smbng study. tp byk sgt bende menghalang. setiap org ader jln masing. lgpn aku rser stdy stdy tp xdipraktik kn pn xder gune jgk kn. so jalan terbaik skunk ni kerja. kerja kerja! caiyok2!!

credit to widut cz ader pic ni. aku pn xamik lg pic2 yg telah disnap pd hari tu. huhu~

Friday, July 10, 2009

A few things speech to Auntie.. her name is...

♥ 2dy is myluvly auntie bufday..

♥ Birthdays comes n goes in every year but few remains wif golden memories..

♥ Its a special day 2 celebrate wif loved
ones..

♥ Wishing u epy bufday. May the day not
pass u by.

♥ Enjoy each n every moment.

♥ Cherish each day of ur life n learn wat life has 2 teach.

♥ Epy bufday 2 u myluvly auntie, 2day is ur day, I send all best wishes in ur way.

♥ May God bless u in all that u do n may dis
frenship will b 4eva..

♥ Epy bufday 2 u!

♥ Epy bufday Cik tinit!!!



www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws




* rm50 + cake bole kn cik tinit??? huhuhu~

Categories

Quote of the day

Jom Cuba Resepi

Visitor

free counters

Blog Archive

Investment

Bitcoin | Ethereum | Bitcoin Cash | Tether USDT | Litecoin | Ripple
You're invited!
1. Sign up with my invite link
2. Deposit and buy MYR 250 in BTC (Luno exchange not included)
3. We both get MYR 25.00 free BTC
https://www.luno.com/invite/APY58

Lets Talk

Lowyat.NET

Resources



Your Infos

Followers